Setelah seketika ku mengembara, alam ini ku rasakan dunia ini begitu luas seluas-luasnya. Kini ku hanya mengharapkan keadilan berlaku terhadap diriku. Atau adakah aku tidak boleh terlalu mengharap dan perlu lebih berkeras terhadap diriku. Ternyata cara itu mungkin berkesan terhadapku tetapi ia sering kali tidak kekal.
Aku seolah-olah berjalan di malam yang gelap gelita berbekal ingatan samar-samar di jalan yang sama pada siang hari. Aku tidak mampu berfikir dengan sepenuhnya ketika gelap itu menyelubungi malam. Ku tidakkan berdiri jika tiada kekuatan yang diseru dalam diriku. Malah ku bimbang akan tersungkur dipertengahan jalan dikala tiada sesiapa di sekelilingku. Harapanku hendaknya adalah manusia-manusia yang juga berjalan pada hari malam sebegitu kerana aku tiada mungkin terus berjalan tanpa mereka.
Ku hampa terhadap diriku sesekali ku berjalan dengan begitu laju tanpa mengendahkan liku dan lecah dijalan gelap itu. Walhal, sudah ku ketahui batas di perjalanan yang telah lama dipergariskan untuk sekalian manusia ini. Adakah kerana sudah terlalu biasa dengan sesuatu keadaan yang dilalui sehari-hari batas-batas itu dianggap tidak mengerti sama sekali bagiku.
Ku bimbang caraku mengharung jalan ini mengikis diriku sendiri. Justeru, jalanku perlu dikembalikan. Jalanku harus diperbeda dengan keasliannya tersendiri. Tidak cantik jika ia dibentuk hanya berdasarkan kebiasaan sahaja. Pertimbangkanlah duhai pengembara.
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
7 years ago
2 comments:
i like how smooth u play with words. thanks for dropping comment in my blog.
mind me to ask, are u from asis?
sakibakidaki ~ kdg2 je smooth ayat ni.kdg2 repek.hhu
a.yep.asis skola lamaku.knapa
Post a Comment