Saturday, March 21, 2009

kerja cuti

setelah 9-10 hari bercuti sangatlah banyak perkara yang diseronokkan dan yang tidak diseronokkan.ada juga yang banyak dilakukan dan yang tidak dijalankan langsung.juga ku selami dunia baru menguji kemampuan diri.

pelajaran pertama mengenai nilai satu perkara bergantung kepada persepsi yang boleh diubah oleh kata-kata dan kekuatan jiwa sendiri. kebaikan boleh dilihat sebagai tidak bernilai dan kejahatan sebaliknya kerana manusia bebas berfikir sendiri mengikut angin jalanan.

harus juga sentiasa curiga dengan ilmu, dengan google misalan. walaupun hari-hari bersamanya, kekadang tidak terasa mahu tambah ilmu. maka, tidak berkembang kapasiti pemikiran.

cerita satu: ku pergi jalan-jalan cari kutipan untuk projekku "pancing untuk hidup".maka tersedar dokumen kurang lengkap.perlu dikemaskini semula

cerita dua: ketemu blog gambar yang cantik termasuk lomo dan slr. pinjam slr ayah dan selepas beberapa pertanyaan,cantik gambar yang dihasilkan.

tetapi keseluruhannya, tidak begitu memuaskan dan kegembiraan hanya sekadar kegembiraan yang tidak berasas. pencapaiannya bawah aras seperti air kolam renang yang tidak cukup dalam.memang tidak sedap mandi di situ bukan.kerna sifatnya tidak mencukupi. begitu juga manusia perlu cukup sifatnya di mana-mana barulah jadi manusia.

No comments: