Pantasnya masa berlalu meninggalkan ku bagai mimpi terumbang-ambing seakan dilanda badai di dalam jiwa.
Kelepasan dari dunia harian yang statis dan dramatis amat ditunggu-tunggu lama sebelum ia terjadi. Namun, jarang kelapangan itu dihargai dengan perlakuan-perlakuan yang menyihatkan.
Sebelum kelepasan cuti itu banyaklah perancangan yang dibuat katanya mau mengisi masa sebagusnya dan seeloknya. Itu mau dibuat, ini mau diselesaikan. Banyaklah. Tunggu sajalah datangnya cuti dan lihatlah banyak mana semangat yang tinggal untuk digerakkan jasad ini menyelesaikan pekerjaan.
Kerna manusia sangat aman bila tiada apa yang dirisikokan atau apa yang dirisikokan tidak ternampak jelas atau terlindung di balik cita-cita kosong tersendiri. Sama juga Malaysia yang aman, tiada apa yang harus digelisahkan bukan? Maka, rakyat Malaysia pun dapatlah maju juga sebegitu.
Sebelum masa itu berlalu dirasakan begitu lama untuk sampai ke masa itu. Penantian itu penyeksaan bak kata orang-orang sekeliling. Malangnya, selepas beberapa ketika yang tidak disedari, tempoh masa itu akan habis begitu sahaja dengan cepat secepatnya. Jangan baru terhantuk baru terngadah kata peribahasa pula.
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
7 years ago
2 comments:
hahhahaha
betol betol
b4 cuti punya semangat
tgh cuti tiba tiba hilang semua smgt :P
Post a Comment