Sentiasa hidup ini perlu dicambahkan dengan benih yang segar dan baru. Nafas baru yang segar ini dapat menghiasi tin tadi dengan perhiasan yang mungkin sementara. Namun perlu diingat perasaan tidak boleh dilayan walau sekejap dan ketika saat minda diperlukan terutama waktu kekosongan menjelma. Kebijakan seseorang sering kali tidak terserlah akibat kekosongan yang menjelma kerna ia tidak dipupuk untuk menjadi serba boleh dan serba guna hanya sedikit-bole dan sedikit-guna. Sangat dukacita jika pengadilan tidak ditepati dan hanya permainan dan angan-angan yang lebih diprioritikan.
Dari dalam pengisian harus dicerna dan dialirkan terus dan tidak boleh dihentikan. Kehausan itu juga harus diabaikan kerana ia adalah faktor pemusnah dan penghenti pekerjaan. Sebenarnya perkara ini tidak harus dipanjangkan perbincangannya kerana ditakuti penyelesaiannya tidak tercapai atas sebab yang begitu bodoh. Perasaan itu tidak perlu ditunjuki. Ia hanya perlu disedari dan diawasi.
2 comments:
betul
tak payah tunjuk perasaan
simpan sendiri sudah
haha
:P
hu2..sungguh tertarik atmaku dengan susunan setiap madahmu itu..
setiap bait-bait huruf yang disusun menusuk kalbu lalu menggeletek..
ha33
Post a Comment