endah itu begitu cantik dan menggembirakan dan menyukakan. endah itu hirau atau kisah atau peduli. sangat menyenangkan ketika ramai makhluk di keliling menerpa sehingga kekadang banyak yang tidak dapat diambil kira dalam perjangkaan.
sebaliknya apabila tiada keendahan kekuatan perlu datang dari dalam. melihat sekeliling juga perlu dengan cara yang strategis. kekadang tidak perlu pula diendahkan rumitan yang berlaku kerna ianya hanya menambah komplikasi hidup.
fikiran terbatas itu juga nikmat yang jarang disedari kerna terlalu banyak nikmat kau. kau rasa kau ada semuanya. tidak perlu endah atau risau atau peduli dari mana datangnya. fikir hanya apa yang perlu dan kesan daripadanya. itulah ringkas yang mendatangkan kebaikan. ringkas tetapi berkesan dan meninggalkan kesan dan mendatangkan hasil.
ini hanya untuk ketika-ketika tertentu. tidak boleh diamkan untuk semua urusan kerna pelbagai urusan melibatkan karenah dan ragam makhluk manusia yang berubah-ubah.
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
7 years ago
No comments:
Post a Comment