Wednesday, April 8, 2009

hari

ku rasa bagaikan satu gunung jatuh ke atas diriku dan menghentam dengan kuat seperti hentaman objek yang jatuh dari bangunan tinggi pencakar langit yang tersergam indah di bandar.

hari itu aku rasa sangat rendah di kalangan manusia sekalian tetapi dengan beberapa suntikan semangat dari sumber yang jernih sejernih air laut di pulau sipadan, aku bisa bangun dengan cara yang bermoral yang dinilai dengan parameter tulen.

hari itu lagi aku gembira kerana dapat bermain dengan permainan jelek yang disediakan di dunia ini dan aku mahu meneruskan kegembiraan ini seberapa lama mungkin seperti seorang kekasih yang mahu dicintai tidak henti-henti (namun cinta kekasih palsu itu besar barangkalinya akan terhenti juga)

hari itu juga aku sedih kerana kegembiraanku menyelubungi permasalahan yang menghempap diriku lantas mengongkong dan mengehadkan tindak-tandukku. Kebingungan ini perlu ditimbulkan dengan jelas seakan-akan belon yang terapung di atas permukaan laut kerana ketumpatannya yang rendah.

hari-hari sebegitu

1 comment:

Sofia Nin said...

belon terapung?
mau naik ah klo cmtu

hehe :P