Tuesday, March 25, 2014

anggur

berita besar
anggur
itu yang akan disediakan di syurga
kenapa hanya anggur?
tika azab yang disediakan begitu pedih
air nanah mendidih
apakah cukup anggur buat yang beriman
beriman dengan apa yang tidak ternampak
yang terhijab itu yang dikejar
ketika semua mengejar yang di hadapan

anggur
satu simbol nikmat yang biasa
yang sudah jadi tidak biasa
bagi mereka yang biasa dengan yang tidak biasa
sudah korbankan yang biasa
yang tinggal sangat sedikit berbanding yang biasa
sangat kurang
sudah biasa dengan kurang
kurang dari kemewahan
maka anggur sahaja sudah jadi motivasi
untuk capai yang paling tinggi
yang paling mulia
doakan bersama

No comments: